Thursday, 1 November 2012

Kelebihan Dan Kebaikan Bekam



Berbekam banyak MANFAAT diantaranya:

  • Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan
  • Meningkatkan daya tahan tubuh badan
  • Mencuci darah (Buang Toksid) dan melancarkan peredaran darah.
  • Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur
  • Sangat berkesan mengatasi racun
  • Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
  • Dapat mengatasi sakit kepala,migrain dan sakit gigi
  • Menajamkan penglihatan , peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan mata menjadi kabur.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor dan toksid yang berada di bawah kulit membuatkan badan menjadi berat dan malas.
  • Mengatasi gangguan tekanan darah.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu buang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Merawat berbagai jenis penyakit yg tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
  • Awet Muda
  • Merawat masalah lemah syahwat ( tenaga batin ).

BEKAM DAPAT MERAWAT PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI RACUN DAN SIHIR

Dari ka'ab bin malik r.a beliau meriwayatkan bahawasanya seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di khaibar,Baginda bertanya "Apakah ini?" wanita itu menjawab "Hadiah." wanita itu cukup berhati-hati supaya tidak sampai mengatakanya sedekah,sehingga Baginda tidak mau memakanya sama sekali. 

Kemudian Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya pun makan, tiba-tiba Baginda bersabda "Hentikan," kemudian Baginda bertanya kpd wanita itu, "Apakah engkau telah meracuni kambing ini?" wanita itu menjawab,"Ya," Nabi Muhammad s.a.w bertanya "Kenapa?", wanita itu menjawab " Aku ingin sekiranya engkau seorang pendusta, orang ramai akan segara boleh beristirehat dari kedustaanmu,tetapi seandainya engkau seorang Nabi maka itu tidak akan merbahaya bagimu," Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman ditengkuk serta memerintahkan para sahabatnya supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam,tetapi sebahagian dari mereka meninggal. (HR BUKHORI)



Rasulullah sendiri melakukan bekam setiap kali baginda tidak sihat

Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah buang darah kotor dari badan. Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.



Bekam JUGA bagus Untuk Penyakit-Penyakit Berikut:- Sakit Kepala, Sakit Belakang, lumbago, Slip disc Sakit Urat, Sakit Bengkak-bengkak badan, Lengu-lenguh badan, sakit sendi, kurang selera makan Kebas-kebas kaki atau tanganatau sereban Sakit Bahu, Resdung, Bagus untuk bersihkan darah Buang angin dalam badan Kembung, Sebu, dll.


Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)


1 comment: